suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tetamu majlis kahwin diselar pakai baju mengalahkan pengantin - “Semua orang pandang saya”

Pakaian tetamu ini kelihatan seperti baju pengantin sehingga dia dikritik oleh orang ramai.

BANYAK perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menghadiri sesebuah majlis perkahwinan.

Antara yang paling diutamakan tentunya pakaian yang kita gayakan.

Terbaharu, seorang wanita diselar kerana pakaian yang dipakai kelihatan seperti baju pengantin.

Ia sekali gus mengalih perhatian tetamu terhadap pengantin.

Gadis itu turut mengaku dia keliru apabila menjadi perhatian para tetamu.

"Semua orang pandang saya," katanya.

Kisah itu kemudiannya dikongsi di Reddit dan menerima pelbagai reaksi orang ramai.

"Memanglah orang pandang. Kamu pakai pakaian seperti pengantin.

"Jika saya lihat tetamu seperti ini di majlis saya, lebih baik sekat sebelum saya serang dia dengan gelas wain," tulis beberapa individu. - Mirror.

Artikel Lain