Tak mahu tunang digoda, lelaki buat kejutan hadiah baju renang muka sendiri - Dunia | mStar

Tak mahu tunang digoda, lelaki buat kejutan hadiah baju renang muka sendiri

Pedro membuat kejutan buat tunangnya, Patty dengan hadiah baju renang yang memaparkan wajahnya sendiri. Foto pedrocuz/Instagram

SEORANG wanita yang suka memakai bikini menerima hadiah yang tidak disangka-sangka daripada bakal suami, baru-baru ini.

Patty sering memuat naik gambarnya memakai baju renang semasa bercuti menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, tunangnya, Pedro yang merupakan bekas penerbit radio merasakan pasangannya itu meraih terlalu banyak perhatian apabila memakai baju renang.

Pedro kemudian membuat kejutan pada tunangnya dengan kostum renang yang dicetak wajahnya pada bahagian hadapan dan belakang.

Dia kemudian merakamkan reaksi tunangnya itu dan berkongsi foto berkenaan di laman sosial.

Menerusi video IGTV yang dikongsikan pada Rabu, Pedro berkata: "Saya beri kejutan besar kepada Patty."

"Patty menyukai bikini jadi saya fikir perlu membelikan yang baharu untuk dia," tambahnya.

Menurut Pedro, apabila Patty memakainya di pantai, ia sekali gus akan mengelakkan daripada orang lain cub memikatnya. - Mirror



baju renang , bikini , tunang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain