suria

Selain ‘hampir mati, sukar bernafas’, keluarga mangsa tragedi lori kontena turut dedah mesej lain

Thi Tra My sempat menghantar mesej kepada ibunya sebelum maut dalam lori kontena. Foto Mirror

SEORANG gadis warga Vietnam yang disahkan merupakan salah seorang daripada 39 pendatang yang ditemui maut dalam sebuah lori kontena di Essex di United Kingdom, baru-baru ini, menghantar mesej yang menyayat hati kepada ibunya.

Mangsa, Pham Thi Tra My sempat menghantar mesej kepada ibunya yang menyebut 'hampir mati'.

Keluarga mangsa memberitahu mereka menerima berita sedih itu menerusi panggilan telefon dari England, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: 39 orang ditemui mati dalam sebuah lori kontena

ARTIKEL BERKAITAN: Mati dalam kontena: Ibu mangsa dedah terima mesej ‘tak boleh bernafas’

Tra yang berusia 26 tahun sempat menghantar mesej kepada keluarganya semasa berada dalam treler yang sejuk: "Saya hampir mati, saya tak boleh bernafas. Saya amat sayangkan mak dan ayah. Saya minta maaf mak."

Ibu dan bapa Tra, Pham Van Thin (kiri) dan Nguyen Thi Phong sedih dengan berita kematian anak mereka. Foto EPA-EFE/REX

Selepas menunggu lebih seminggu untuk mendapatkan pengesahan rasmi, bapa Tra, Pham Van Thin memberitahu media di Vietnam bahawa anak perempuannya merupakan salah seorang mangsa.

Bercakap kepada akhbar Tuoi Tre, keluarga itu menerima panggilan daripada seseorang dari England.

"Berita mengenai anak perempuan saya meninggal dunia di England adalah benar. Ia amat menyakitkan."

Menerusi mesej kepada ibunya, Tra turut memberitahu bahawa kunjungannya ke tanah asing gagal. - Mirror

lori kontena, pendatang

Artikel Lain