suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dirogol ketika ziarah kubur

Lokasi kejadian seorang wanita dirogol semasa menziarahi tanah perkuburan. Foto Wikipedia/Daily Star

SEORANG wanita berusia 55 tahun didakwa dirogol semasa menziarahi tanah perkuburan.

Mangsa didakwa dirogol oleh seorang lelaki yang datang duduk di sebelahnya.

Polis sedang menyiasat laporan berhubung serangan yang berlaku di Gereja St Andrew di Hove, East Sussex di United Kingdom, pada Khamis.

Suspek dikenal pasti berusia dalam lingkuan 40an, ketinggian 5 kaki 6 inci dan mempunyai rambut beruban.

Dala kejadian yang berlaku antara pukul 5.30 petang dan 6 petang itu, suspek didakwa duduk di bangku bersebelahan dengan mangsa.

Penyiasat, Inspektor Vicki Maroki daripada Unit Siasatan Keselamatan Brighnton percaya ia merupakan insiden terpencil.

"Bagaimanapun, kita menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci," katanya. - Daily Star

gereja, kubur, rogol

Artikel Lain