suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing, khinzir masih hidup jadi mangsa untuk ujian kemalangan kereta

Antara haiwan yang digunakan dalam ujian berkenaan.

MENURUT satu pendedahan oleh People for the Ethical Treatment of Animal (Peta), penyelidik di China menggunakan haiwan hidup untuk ujian kemalangan.

Antara haiwan terlibat termasuklah anjing dan khinzir.

Menerusi pendedahan itu lagi, industri automotif di China didakwa menzalimi haiwan dalam melaksanakan ujian berkenaan.

Dedah satu hantaran post di blog Peta, ujian berkenaan dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Trafik di Hospital Daping.

"Tiada sebab yang masuk akal untuk menggunakan haiwan bagi ujian kemalangan kereta.

"Kami memohon anda menghentikan tindakan kejam dan ketinggalan zaman ini dan gunakan kaedah moden dalam ujian anda," ujar Peta. - India Times.

Peta, ujian kemalangan, khinzir, anjing

Artikel Lain