suria

Mati dalam kontena: Ibu mangsa dedah terima mesej ‘tak boleh bernafas’

Thi Tra My sempat menghantar mesej kepada ibunya sebelum mati dalam lori kontena.

IBU kepada salah seorang mangsa penyeludupan manusia dari Vietnam yang mati dalam sebuah lori kontena tampil membuat pendedahan.

Pham Thi Tra My,26, dan Nguren Dinh Lung,20 antara yang dikenalpasti berada dalam lori kontena tersebut.

Ahli keluarga mangsa memberitahu, lebih 100 orang dibawa ke United Kingdom menaiki tiga buah lori kontena, namun hanya dua yang berjaya tiba ke destinasi.

Manakala lori kontena yang ketiga ditemukan bersama mayat 39 orang warga asing yang diseludup.

Thoung gagal menghubungi suaminya sejak 21 Oktober lalu.

Ibu kepada Thu Tra My memberitahu, dia menerima mesej daripada anaknya memberitahu ‘loved her’ dan ‘nak mati kerana tidak boleh bernafas’.

Manakala seorang lagi mangsa, Nguyen Dinh Tu meminta isteri Hoang Thu Thuong membantunya mengumpul wang sebanyak 11,000 paun (RM59,063) untuk membayar kos perjalanan dari Jerman ke UK.

“Saya hilang perhubungan dengannya sejak 21 Oktober lalu. Saya banyak hutang untuk diselesaikan, tiada harapan dan kekuatan untuk melakukan sesuatu,” ujar Thuong.

Polis Essex menemukan 39 mayat dalam sebuah lori kontena Rabu lalu.

Polis Essex memberitahu, pihaknya menemui sekumpulan manusia disembunyikan di dalam sebuah kontena dan kesemua mayat kini berada di Hospital Chelmsford. – Dailymail.co.uk

Lori Kontena, Essex, Vietnam, Seludup, Mati

Artikel Lain