suria

Demi cinta, lelaki Jepun ubah pengetip kuku jadi cincin pertunangan

Lelaki itu mengisar sejumlah pengetip kuku sebelum ia diproses menjadi cincin.

CINCIN pertunangan merupakan simbolik penyatuan dua hati.

Pada kebiasaannya, aksesori jari itu tidaklah murah harganya.

Namun, seorang lelaki membuat kelainan apabila dia mengubah pengepit kuku menjadi sebentuk cincin.

Video transformasi itu turut menjadi tular di Twitter.

Enggan membazirkan duit membeli cincin di kedai barang kemas, dia sebaliknya menonjolkan bakat dan kreativiti diri sendiri.

Sejumlah pengetip kuku dihancurkan dalam pengisar khas sebelum dibentuk menjadi cincin.

Menurut laporan South China Morning Post, individu tersebut berasal dari Jepun.

Rakaman berkenaan di Twitter sehingga kini menerima lebih 200,000 tontonan. - Daily Star.

Artikel Lain