suria

Bengang tak dapat buat wax di bahagian kemaluan, wanita transgender saman 13 salon

Jessica Yaniv menuntut 15,000 dolar Kanada dari setiap kes. FOTO: Instagram/trustednerd

SEORANG wanita transgender gagal dalam cubaannya menyaman pakar kecantikan yang enggan melakukan khidmat membuang bulu di bahagian kemalauannya (Brazilian Wax).

Jessica Yaniv, 32, membuat tuduhan diskriminasi terhadap 13 salon wax tahun lepas kerana mereka tidak mahu mencabut bulu kemaluan seperti yang diminta dan membuat bentuk yang diinginkan.

Dia dikenal pasti sebagai seorang wanita tetapi masih mempunyai zakar dan buah zakar, yang mana perniagaan-perniagaan itu tidak menawarkan perkhidmatan untuk bahagian badan tersebut.

Mereka yang bekerja di situ memberi alasan sama ada tidak terlatih dalam seni mencukur untuk lelaki atau mereka tidak harus dipaksa untuk menyentuh alat sulit lelaki jika mereka tidak mahu melakukannya.

Lain-lain ahli estetik berkata mereka enggan menjalankan rawatan itu atas sebab-sebab agama, lapor CBC.

Yaniv menuntut 15,000 dolar Kanada dari setiap kes, tetapi Tribunal Hak Asasi Manusia British Columbia memutuskan untuk memihak kepada salun kerana mereka tidak mengiklankan perkhidmatan wax untuk alat sulit lelaki.

Ahli Tribunal Devyn Cousineau, menulis: “Dalam kes-kes wax kemaluan, saya mendapati bahawa melakukan wax untuk skrotum bukanlah perkhidmatan yang biasa disediakan oleh responden. Oleh itu, mereka tidak menafikan satu perkhidmatan untuk Ms Yaniv dan tidak mendiskriminasikannya.”

Menurut Sun Vancouver Cousineau menolak semua aduan Yaniv dan berkata rancangannya adalah ‘mensasarkan perniagaan kecil untuk keuntungan kewangan peribadi’.

Dia diperintahkan untuk membayar 2,000 dolar Kanada kepada tiga perniagaan kerana 'kelakuan tidak wajar’.

Brazilian Wax merupakan rawatan di bahagian sensitif sekitar kemaluan dengan mencabut keseluruhan bulu atau meninggalkan sebahagian daripadanya untuk dibentuk mengikut kehendak seseorang.

Secara anatomi, bahagian ini adalah sensitif kerana lapisan kulit yang nipis, banyak pembuluh darah dan jaringan saraf, ditambah mikroorganisme yang memang secara normal berada di situ. -Metro UK

Brazilian Wax, transgender, bulu

Artikel Lain