Lelaki peluk erat perempuan simpanan bimbang cedera, rela dirinya dibelasah isteri selepas kantoi curang - Dunia | mStar

Lelaki peluk erat perempuan simpanan bimbang cedera, rela dirinya dibelasah isteri selepas kantoi curang

SEBAHAGIAN rakaman sekitar insiden itu. (FOTO: AsiaWire)

SEORANG suami yang 'kantoi' mempunyai perempuan simpanan memilih untuk mempertahankan wanita itu berbanding isterinya yang mengamuk setelah mendapat tahu dirinya ditipu.

Dalam satu video tular, lelaki berkenaan dilihat menjadi ‘perisai’ dengan memeluk erat kekasihnya yang terbaring di jalan selepas diserang isterinya dan dia hanya membiarkan sahaja dirinya dipukul dan ditendang oleh isteri dan rakan-rakannya.

Menurut laporan Daily Mail, kejadian berlaku di daerah Fanchang, Anhui, timur China. Ia menunjukkan seorang isteri yang sedang naik angin melepaskan kemarahannya terhadap suami dan wanita simpanannya dengan memijak kaki dan menendang kepalanya.

Dia juga cuba membogelkan perempuan simpanan itu dengan menarik baju yang dipakai sambil dibantu beberapa rakan.

Bagaimanapun, tidak banyak yang mereka boleh lakukan kepada perempuan simpanan itu kerana lelaki berkenaan menggunakan badannya sebagai pelindung sambil memeluknya erat dan menjerit kepada isterinya untuk berhenti.

Serangan semakin ganas apabila wanita itu merentap rantai emas yang dipakai lelaki itu dan menggunakannya untuk membelasah bahagian belakangnya. Pada ketika ini, tiada siapa yang berani untuk masuk campur.

Pada akhir video, lelaki itu menjerit ‘panggil polis’ manakala isterinya sempat memukulnya dengan kasut.

Wanita itu dan rakan-rakannya menghentikan serangan dan lelaki itu bangun bersama perempuan simpanannya yang dalam keadaan separuh bogel.

Menurut saksi, pasangan itu berjaya melarikan diri sebelum polis tiba.

Kecurangan bukanlah satu jenayah yang boleh dihukum di tanah besar China, menyebabkan kebanyakan suami dan isteri yang harus berdepan pasangan mereka yang tidak setia dengan cara yang sama. Apabila penangkapan dibuat dalam kes seperti ini, hukumannya adalah ringan.

kantoi , curang , serang , perempuan simpanan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini