suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencuri ‘rembat’ berlian bernilai RM8 juta di sebuah pameran

Berlian bernilai 1.4 juta paun hilang di sebuah pameran di Tokyo. Gambar hiasan.

POLIS Jepun kini memburu pencuri selepas berlian bernilai 1.4 juta paun (RM8 juta) hilang dalam satu pameran yang berlangsung di Tokyo.

"Berlian itu disyaki dicuri pada Khamis bernilai 200 juta yen. Kami percaya ia dicuri daripada tempat yang dipamerkan itu," jelas jurucakap polis.

Berlian itu dipamerkan selama tiga hari di pamerean di Yokohama di hadapan air terjun Pacifico Yokohama.

Syarikat dari Jepun Rusia dan China terlibat dengan pameran ini.

Menurut laporan NHK, insiden kehilangan berlian itu disedari oleh salah seorang pekerja apabila tempat simpanan berlian itu terbuka. -Dailymail.co.uk

berlian, hilang, pameran, curi

Artikel Lain