suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Finalis Ratu Cantik Pelancongan Indonesia disyaki terlibat tawar khidmat pelacuran online

Bekas Ratu Cantik Pelancongan 2016 antara yang ditahan.

PENAHANAN tiga individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran online di sebuah hotel di Batu, Jawa Timur pada Jumaat lalu melibatkan seorang figura terkenal.

Perkara itu disahkan Polis Daerah Jawa Timur, Leonard M Sinambela.

"Yang pertama adalah PA, wanita yang ditahan di bilik hotel bersama YW yang juga pelanggannya," katanya.

Katanya, PA adalah seorang figura yang pernah tersenarai antara finalis Ratu Cantik Pelancongan 2016.

Wanita yang berasal dari Balikpapan, Kalimantan Timur ini telah berhijrah ke Jakarta.

Selain itu, siasatan mendapati YW adalah ahli perniagaan dari Nusa Tenggara Barat.

Bekas finalis pertandingan ratu cantik berusia 25 tahun ini juga aktif dalam lakonan dan pernah membintangi beberapa sinetron di Indonesia.

Bagaimanapun, wanita ini telah dibebaskan selepas keterangannya direkod. - cnnindonesia.com

Pelacur, online, tawar, khidmat

Artikel Lain