suria

Peminta sedekah maut digilis kereta api ada dokumen bank, seguni syiling cecah lebih RM50,000

Sebahagian syiling yang ditemui dalam guni milik peminta sedekah yang maut digilis kereta api baru-baru ini.

POLIS di stesen kereta api Vashi menemui sejumlah wang mencecah Rs 7.7 lakh dan kira-kira Rs 1.5 lakh syiling dalam sebuah rumah peminta sedekah di Mumbai, India.

Dikenali sebagai Bidichand Panamaram Azad, lelaki berusia 82 tahun itu sering meminta sedekah di beberapa stesen kereta api maut Jumaat lalu akibat digilis tren ketika melintas landasan di Stesen Govandi.

Susulan kematiannya, polis telah ke rumahnya di kawasan setinggan Govandi.

Sepasukan polis terkejut apabila menemui beberapa dokumen wang simpanan tetap berjumlah 7.7 lakh (RM45, 482) dan seguni syiling (RM8,860).

Selepas beberapa jam mengira syiling yang ditemui, anggota keselamatan itu mendapati jumlahnya mencecah Rs 1.5 lakh.

Berikutan itu, ahli keluarga lelaki malang itu yang menetap di Rajasthan telah dihubungi untuk menyerahkan wang berkenaan.

Berita mengenai penemuan wang itu mendapat pelbagai reaksi di laman media sosial apabila netizen terkejut dengan jumlah wang yang dikumpul peminta sedekah itu.

"Peminta sedekah ada lebih banyak wang berbanding jurutera IT," kata seorang warganet.

"Wow! Sebab itulah saya tidak pernah memberi wang kepada mereka. Ia umpama sindiket besar dan mafia," kata netizen lagi.-indiaexpress

Azad, Govandi, peminta sedekah

Artikel Lain