Bapa tulis 19 kad hari jadi untuk anak sebelum meninggal dunia akibat kanser hati - Dunia | mStar

Bapa tulis 19 kad hari jadi untuk anak sebelum meninggal dunia akibat kanser hati

Sebanyak 19 kad hari jadi yang ditinggalkan oleh mendiang suami Chu untuk anak perempuan mereka. Foto AsiaWire / Bella Chu

SEORANG wanita mendedahkan mendiang suaminya menulis 19 kad hari jadi untuk anak perempuan mereka sebelum meninggal dunia akibat kanser.

Chu yang berasal dari Tainan, Taiwan berkongsi kisah menyentuh emosi itu di Facebook.

Beberapa imej dikongsikannya menunjukkan 19 sampul yang ditandatangani mendiang suami semasa minggu-minggu terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati pada 2006.

Menerusi perkongsiannya, Chu berkata: "Anak perempuan saya lahir pada Januari 2005 dan ayahnya meninggal kerana kanser hati pada Mei 2006 ketika dia baru berusia setahun dan empat bulan.

"Walaupun sedang bertarung melawan penyakit pada bulan terakhir, dia masih menulis satu persatu kad hari jadi masa depan untuk anak perempuannya.

"Bermula dari 2007 semasa hari ulang tahun ke-2, sehingga 2025 apabila anak perempuan kami berumur 20 tahun.

"Tapi dia masih muda, jadi saya simpankan dulu untuk dia. Saya mahu berikan kesemuanya kepada dia apabila semakin membesar.

"Dia sekarang di sekolah menengah dan tinggal di sekolah asrama, sementara saya bekerja di tanah besar China."

Chu yang kini bekerja di Beijing, China kemudian memberitahu anak perempuannya yang berusia 14 tahun: "Saya akan pergi esok, jadi saya tinggalkan semua surat ini kepada kamu.

"Saya tidak pernah membuka sampul-sampul ini dan tidak pernah mahu, kerana mendiang bapa kamu meninggalkan kesemua surat ini untuk kamu, menghantar pesanan-pesanan yang menjangkau masa dan ruang," katanya. - Mirror UK


kanser hati , hari jadi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain