suria

Empat termasuk pengantin baharu maut tergelincir ketika swafoto di empangan

Empat termasuk pengantin baharu maut selepas tergelincir ketika sedang berswafoto di sebuah empangan.

SEORANG wanita bersama tiga lagi ahli keluarganya maut selepas terjatuh ke dalam sebuah empangan ketika sedang berswafoto.

Insiden berlaku di Empangan Pambar di Tamil Nadu, selatan India.

Ketika kejadian, V Nivedha yang baru saja disatukan dengan suaminya mahu merakamkan gambar kenangan bersama keluarganya. 

Namun salah seorang ahli keluarganya tergelincir sebelum semua yang lain menerima nasib sama.

V Nivedha maut bersama dengan Sneha, 22, Kanniga, 20, dan Santosh, 14.

Suami V Nivedha, G Perumalsamy, 25, dan adiknya, Yuvarani, 15,  bagaimanapun terselamat.

Jurucakap polis memberitahu CNN, kesemua mangsa sedang berswafoto di sebuah empangan sebelum terjatuh.

"Paras air naik ketika mereka berada di lokasi kejadian," katanya.

Kesemua mangsa berjaya ditarik keluar ke permukaan air tetapi ianya sudah terlambat.

Menurut kajian pada 2018, India mencatatkan rekod kematian semasa berswafoto tertinggi di dunia. Daily Star

maut, terjatuh, empangan, swafoto

Artikel Lain