suria

Lelaki obesiti rogol wanita selepas cinta ditolak kerana saiz badan

Kejadian didakwa berlaku pada Januari lalu.

SEORANG lelaki didakwa merogol wanita yang ditemuinya menerusi satu laman cari jodoh selepas kecewa cinta ditolak akibat saiz badannya.

Christopher Schubert, 44, mengenali mangsa menerusi Match.com dan dijemput untuk bertemu pada Januari lalu di Oxfordshire, England.

Wanita itu, seorang ibu tunggal tidak tahu Schubert merupakan lelaki obesiti sebelum menolak cintanya pada pertemuan itu.

"Sewaktu dia sampai, saya tahu dia tidak kelihatan sama seperti dalam gambar.

"Sejujurnya saya rasa dia terlalu besar," ujar wanita itu kepada polis.

Tambah wanita itu, dia bertegas untuk tidak melakukan hubungan intim dengan lelaki berkenaan sebelum dia kemudiannya mendakwa dirogol.

"Ia tidak bermakna saya tak suka seseorang kerana saiz badan tetapi saya memang tak berniat untuk tidur bersamanya," kata wanita itu lagi.

Schubert bagaimanapun menafikan dakwaan rogol berkenaan dan perbicaraan akan disambung semula pada satu tarikh lain yang tidak dimaklumkan. - Daily Star.

obesiti, rogol, tolak cinta, gemuk

Artikel Lain