suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja dapat ugutan bunuh selepas makan kuda peliharaan - “Daging paling sedap pernah saya rasa”

Pia bersama kuda peliharannya yang mati pada 2018.

SEORANG remaja perempuan menerima ugutan bunuh selepas dia mengakui makan daging kuda peliharaannya.

Kata Pia Olden, dia memasak daging kuda itu dengan mangga dan cili.

Mengakui ia sebagai daging paling sedap pernah dirasai, Pia yang berusia 18 tahun dihujani reaksi negatif atas pengakuan itu.

Pia turut berkongsi foto hidangan itu menerusi Facebook.

"Kalau saya nak makan daging kuda, saya akan makan kuda peliharaan saya," tulisnya.

Selain menerima kecaman dalam talian, dia turut menerima ugutan bunuh.

"Ramai kata saya layak dibunuh kerana makan kuda peliharaan sendiri.

"Ianya lebih teruk kalau kuda itu ditanam dan dimakan cacing," ujarnya kepada pemberita.

Kuda belaan keluarga Pia dimatikan kerana jangkitan penyakit pada tahun 2008. - Daily Star.

Artikel Lain