Gempar papan iklan tayang filem lucah, lebuh raya sesak teruk

Filem lucah ditayangkan pada papan iklan digital di sebuah lebuh raya. Foto CEN/@VaniaPeredaa

PENGGUNA di sebuah lebuh raya di Mexico dikejutkan dengan papan iklan (billboard) yang menayangkan filem lucah.

Rakaman lucah itu dikatakan berpunca daripada tindakan godam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian berlaku semasa kesibukan lalu lintas pada waktu pagi di lebuh raya di Boca del Rio di Mexico.

Beberapa imej insiden kemudian tular di media sosial.

Salah satu keterangan dengan imej yang dikongsikan itu menyebut 'Selamat pagi'.

"Ia berlaku pada pukul 8.33 pagi dan mereka menayangkan filem lucah pada papan iklan digital di Boca del Rio. Bagaimana hari anda?"

Insiden tersebut menambahkan lagi kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

Menurut media tempatan, pihak berkuasa menghubungi syarikat yang memiliki papan iklan itu untuk meminta mereka menghentikan tayangan pada skrin.

Syarikat itu kemudian memberitahu bahawa komputer yang digunakan untuk mengawal papan iklan digital itu telah digodam. - Daily Star



lucah, lebuh raya

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik