suria

Wanita parah terjatuh dari permainan funfair - “Banyak darah di lokasi kejadian”

Sekumpulan polis di tempat kejadian. Foto Mirror UK

SEORANG wanita dikejarkan ke hospital selepas terjatuh daripada sebuah permainan funfair.

Saksi memberitahu, permainan 'Airmaxx 360' di Hull Fair baru bermula ketika kejadian.

Polis Humberside di England mengesahkan wanita berkenaan dikejarkan ke hospital.

"Ia ditutup dan pasukan kecemasan berada di sana. Ada banyak darah, nampak tak OK," kata seorang saksi.

Saksi lain memberitahu mangsa terjatuh dari ketinggian antara 10 dan 15 kaki.

Ketua Polis Humberside, Inspektor Paul Kirby berkata: "Seorang wanita cedera parah pada petang ini di Hull Fair dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

"Seorang remaja lelaki cedera selepas dihempap mangsa yang terjatuh. Syukur dia hanya cedera ringan," katanya.

Beliau turut menggesa saksi kejadian atau mempunyai rakaman berhubung insiden supaya tampil membantu siasatan polis. - Mirror UK





fun fair

Artikel Lain