suria

Bekas teman lelaki obses, wanita berdepan detik cemas ditikam lima kali

Rechelle hidup dalam ketakutan ketika bersama teman lelakinya. Foto Cavendish Press (Manchester) Ltd

SEORANG wanita dipuji oleh hakim kerana membantu sehingga tertangkapnya bekas teman lelaki yang terlalu obses dengannya.

Zahra Rechelle, 31, berpisah dengan Aaron Booth kerana sering ketakutan disebabkan sikap lelaki itu yang suka membuli.

Bagaimanapun, hidupnya makin tertekan kerana Booth sentiasa mengekori, malah turut memecah masuk ke rumahnya ketika wanita itu sedang tidur.

Rechelle dipukul ketika cuba menghubungi pihak polis.

Lelaki itu kemudian menarik rambut Rechelle dan mengheretnya ke jalan.

Malah wanita itu turut ditikam di kaki dan perut sebanyak lima kali di hadapan sebuah balai polis. 

Dia turut diacukan pisau di leher ketika menyuruh lelaki itu serah diri.

“Dia melayan saya sangat teruk walaupun pernah memberitahu tidak akan mencederakan saya sebelum ini,” jelas Rechelle. - mirror.co.uk

Lelaki, pukul, tikam

Artikel Lain