suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid perempuan ponteng sekolah gara-gara tandas uniseks

Tandas uniseks mendapat bantahan ibu bapa. Gambar sekadar hiasan

SEGELINTIR murid perempuan bertindak ponteng sekolah, disebabkan perasaan takut dan malu untuk menggunakan tandas uniseks.

Perkara itu didakwa oleh ibu bapa dan guru-guru membabitkan pengenalan tandas uniseks di beberapa sekolah di United Kingdom.

Murid juga tidak mahu menggunakan tandas kerana bimbang akan ditertawakan oleh budak-budak lelaki kerana datang haid.

Menurut dakwaan ibu bapa, kebimbangan semakin ketara apabila sekolah menyediakan tandas uniseks bagi memberi lebih ruang kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai transgender.

Bercakap kepada Daily Mail, ibu bapa murid turut berang apabila mereka tidak dimaklumkan mengenai pengenalan tandas uniseks.

Ibu bapa pelajar Sekolah Rendah Deanesfield di South Ruislip, West London di United Kingdom, melancarkan petisyen menggesa kemudahan tandas uniseks dihapuskan.

Seorang jurucakap Deanesfield berkata: "Kami akan terus menyokong ibu bapa yang bimbang atau mengambil perhatian mengenainya." - Mirror UK




tandas, uniseks

Artikel Lain