suria

Peserta Larian Separuh Maraton Cardiff meninggal dunia

Peserta=peserta Larian Separuh Maraton Cardiff.

LARIAN Separuh Maraton Cardiff diselubungi kesedihan apabila salah seorang peserta meninggal dunia.

Peserta yang tidak didedahkan identitinya itu dilihat cuba dibantu ketika insiden berlaku sebelum dihantar ke Hospital Wales.

Namun pihak doktor gagal menyelamatnya.

Tragedi kematian acara larian ini turut berlaku pada 2018 apabila Ben McDonald dan Dean Fletcher mengalami serangan jantung dan mati sebaik sahaja melepasi garisan penamat.

“Sebagai keluarga, kami terkejut dengan sedih apabila ada keluarga lain yang melalui proses sama,” jelas seorang ahli keluarga McDonald.

Larian yang berlangsung ini disertai lebih 27 ribu peserta. – dailymail.co.uk

Maraton Cardfif, Malsa

Artikel Lain