Siapa badut Wrinkles? Dia diupah mak ayah untuk takutkan anak degil - Dunia | mStar

Siapa badut Wrinkles? Dia diupah mak ayah untuk takutkan anak degil

Wrinkles the Clown mungkin boleh muncul di luar tingkap bilik anda, dengan harga yang berpatutan. Foto Mirror UK

RAMAI mengetahui badut boleh kelihatan mengerikan, tetapi apa pandangan anda apabila mereka diupah ibu bapa untuk menakutkan anak masing-masing?

Wrinkles the Clown merupakan dokumentari berita dalam talian mengenai video tular siri legenda urban yang dilihat seperti kehidupan sebenar watak filem badut, Pennywise.

Satu klip rakaman CCTV menerusi laman YouTube pada 2014 menunjukkan seorang kanak-kanak tidur di biliknya sebelum seorang badut secara senyap-senyap keluar dari katil dan memusnahkan rakaman itu.

Klip video itu kemudian tular selepas dikongsi di media sosial.

Susulan kisah legenda itu, segelintir ibu bapa menjemput mereka atas sebab yang berbeza.

Dengan bayaran ratusan dolar, Wrinkles akan membuat kemunculan di majlis sosial, membuat gurauan pada rakan-rakan anda, malahan berdiri di luar rumah seseorang.

Wrinkles tidak akan mendedahkan identiti sebenarnya semasa ditemuduga, kekal memainkan wataknya.

Wrinkles the Clown mengiklankan perkhidmatannya. Foto Mirror UK

Namun hanya maklumat yang didedahkan adalah mengenai dia seorang duda dari Rhode Island yang berpindah ke Florida, Amerika Syarikat selepas bersara.

Dia memutuskan untuk memakai topeng badut dan membuat iklan mengenai khidmatnya.

Susulan iklan tersebut, dia kemudian menerima ratusan panggilan daripada golongan remaja, yang suka membuat gurauan (prank), malahan ibu bapa yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk tujuan tertentu.

Bercakap dalam satu wawancara bersama Washington Post, Wrinkles mengimbas semula dia diupah untuk menakutkan seorang anak lelaki berusia 12 tahun.

"Dia takutkan badut dan muncul di jalanan tempat dia menunggu di hentian bas, dan dia mula menangis di hadapan rakan-rakannya dan berlari pulang ke rumah.

"Ibunya menghubungi saya semula beberapa hari kemudian dan berterima kasih. Sekarang bila dia degil, saya hanya tanya 'Adakah kamu nak Wrinkles datang balik?"

Wrinkles bagaimanapun tidak melihat kerjanya untuk menakutkan orang, sebaliknya mahu menikmati hidup persaraannya.

Bercakap kepada satu saluran berita tempatan: "Saya hanya mahu berseronok dan menikmati kehidupan yang baik dan ada duit lebih. Mahu berseronok sebelum saya meninggal dunia" - Mirror UK

Wrinkles , badut , Pennywise

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat gelandangan dibunuh ketika tidur

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini