suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak nak makan sosej, ibu pukul anak sampai mati

Anthony Bunn dipukul ibunya hingga mati kerana tidak mahu makan sosej. Foto Daily Star

SEORANG ibu memberitahu dia masih menyayangi anak lelakinya sepenuh hati meskipun memukulnya hingga mati, gara-gara anaknya itu tidak mahu makan sosej.

Kanak-kanak malang itu, Anthony Bunn maut pada 6 Mei tahun lalu, pada usianya baru dua tahun.

Ibu mangsa, Elizabeth Woolheater, 24, pada minggu ini dijatuhi hukuman penjara 19 tahun kerana mendera dan membunuh anakya.

Hakim, Jeff Syrios berkata, hukuman disabitkan selepas Woolheater mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan membunuh dan dua pertuduhan penderaan kanak-kanak.

"Tony di bawah jagaan kamu. Dan tanggungjawab kamu adalah membesarkan dan melindungi dia.

"Kamu gagal menjaga dia dengan cara yang paling teruk," kata hakim.

Bedah siasat mendapati patah tulang dan pembengkakan otak pada mangsa. - Daily Star



sosej, bunuh, pukul, dera

Artikel Lain