suria

Pembunuh bersiri Amerika ketawa sewaktu imbas detik kejam bersama mangsa

Samuel Little membunuh 93 mangsa sejak tahun 1970.

SAMUEL Little sudah mengaku atas 93 pertuduhan bunuh di Amerika Syarikat.

Disifatkan sebagai pembunuh bersiri paling jahat di negara itu, dia dirakam sedang ketawa sewaktu bercerita mengenai perbuatan kejamnya.

Berusia 79 tahun, dia membunuh 93 mangsa sejak tahun 1970 hingga 2013.

Perbuatannya tidak diketahui umum selama separuh abad sehinggalah dibongkarkan oleh seorang penjaga hutan, James Holland.

James membina persahabatan dengan Samuel sehinggalah lelaki itu mengaku mengenai pembunuhan yang dilakukannya.

Pengakuan itu dirakam dengan kamera dan disiarkan menerusi sebuah rancangan di negara itu yang dikenali sebagai 60 minutes. - Daily Star.

Artikel Lain