suria

Jumlah pemandu warga emas serah lesen di Korea Selatan meningkat, dapat elaun pengangkutan

Jumlah warga emas menyerah lesen secara sukarela semakin meningkat. Mereka akan diberi elaun pengangkutan bulanan.

SERAMAI 43,449 pemandu telah menyerahkan lesen mereka, peningkatan 530.50 peratus dari tahun sebelumnya atau kira-kira 3.6 kali ganda berbanding 2018.

Berdasarkan wilayah, Seoul mencatatkan jumlah tertinggi dengan 14,158 orang diikuti Busan (6,893), Gyeonggi Selatan (5,191) dan Incheon (3,033).

Peningkatan itu disebabkan pengenalan program sokongan warga emas dijalankan kerajaan tempatan.

Sejumlah 40 kerajaan perbandaran termasuk Seoul, Daegu dan Incheon melaksanakan program insentif yang menyediakan elaun pengangkutan sebanyak 100,000 won (sekitar US$83) sebulan kepada pemandu warga emas yang secara sukarela mengembalikan lesen mereka.

Peningkatan itu juga susulan langkah pihak berkuasa trafik memendekkan tempoh untuk pemandu berumur 75 tahun menjalani ujian pendengaran setiap tiga tahun berbanding lima tahun sebelum ini.

Pada Ogos, seorang lelaki berusia 60-an menyebabkan lima orang termasuk kanak-kanak tadika cedera, selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam sebuah kolam dalam kejadian di kompleks pangsapuri di barat daya Jeonju.

Bilangan nahas jalan raya membabitkan pemandu warga emas meningkat sebanyak 30,000 kes tahun lepas berbanding 24,429 pada 2016, 23,063 (2015), 20, 275 (2014), 17,590 (2013) dan 15,190 (2012).-Bernama

Pemandu, warga emas, lesen, memandu

Artikel Lain