suria

Pengantin beri senarai untuk tetamu beli hadiah kahwin... ada kereta, barangan jenama mewah

Pengantin memberikan senarai hadiah cadangan untuk dibeli oleh tetamu. Gambar sekadar hiasan

MEMBERI hadiah perkahwinan kepada kenalan menunjukkan betapa anda menghargai menjadi sebahagian daripada hari istimewa pengantin.

Bagaimanapun, seorang pengantin perempuan membuat kejutan apabila memberi senarai cadangan hadiah untuk dibawa ke majlis perkahwinan.

Rata-rata cadangan hadiah yang disenaraikan berharga lebih £300 (RM1,539) setiap satu.

Menerusi laman sosial, dia memberitahu rakan-rakannya supaya membuat pilihan berdasarkan senarai yang diberi atau berunding dengannya terlebih dahulu.

Antara senarai barang yang dicadangkan pengantin buat tetamu pada majlis perkahwinan adalah dompet jenama Gucci dan Louis Vuitton, sebuah kereta baharu dan mana-mana pakaian berharga lebih £325 (RM1,668).

Selain, produk kecantikan berharga lebih £325 (RM1,668) termasuk kad hadiah jenama mewah seperti Calvin Klein dan Gucci. - Mirror UK

kahwin, pengantin

Artikel Lain