suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga guru digantung tugas gara-gara dera pelajar sindrom down

Levi dibiarkan dalam keadaan bogelm dan sejuk tempat permainan.

TIGA kakitangan sebuah sekolah khas digantung tugas selepas didakwa mendera seorang kanak-kanak sindrom down.

Pengetua, timbalan pengetua dan pembantu didakwa mendera seorang pelajar berusia 11 tahun.

Kanak-kanak itu dibogel dibiarkan setengah jam di kawasan permainan.

Levi Blackshaw dirakam ditinggalkan dalam keadaan sejuk tanpa pakaian di Sekolah Stanley, Pensby pada 30 Oktober tahun lalu.

Levi bersama ibunya.

Dia diberi sehelai tuala dan lapan minit kemudian sepasang seluar pendek diserahkan kepadanya.

Levi ditinggalkan selama 22 minit dalam keadaan sejuk dan saksi memberitahu dia menangis seperti seorang bayi.

Ibunya, Suzanne Cole berkata, anaknya itu mengalami beberapa masalah penyakit dan sukar bercakap.

"Apabila dapat tahu insiden ini, saya terus menangis dan hampir merosakkan kelas.

"Saya meminta salinan CCTV dan selepas dua minggu baharu mendapatnya. Apabila tengok, saya dan dia menangis," jelasnya.

Timbalan Pengetua Cecilia Maxwell turut disiasat, namun dibenarkan kembali ke sekolah selepas insiden tersebut. -Dailymail.co.uk

Sindrom Down, Dera, Sekolah

Artikel Lain