suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar tak boleh guna pensel, tangan terpaksa pegang payung gara-gara atap sekolah bocor

Keadaan daif di sekolah itu.

SEBUAH sekolah di perkampungan Murethakura, Jharkhandhave, India berada dalam keadaan cukup daif.

Lebih malang, para pelajar sukar untuk memegang pensel dan belajar kerana mereka perlu memegang payung.

Masalah atap bocor menyebabkan keadaan itu berlarutan hampir setiap hari, khususnya jika hujan.

Dikhabarkan hampir semua kelas berhadapan dengan situasi sama.

"Kami terpaksa padamkan eletrik untuk elak kejadian tidak diingini. Saya memohon kerajaan lihat dan perbaiki masalah ini," ujar guru, Rati Kant Pradhan.

Kata seorang pelajar, buku mereka juga rosak akibat terkena air hujan.

kata Pradhan lagi, dia mahu kerajaan memindahkan 170 pelajar di sekolah itu ke bangunan lain. - India Times.

sekolah, daif, atap bocor

Artikel Lain