suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Robocar tersenarai dalam rekod Guiness, jadi kereta tanpa pemandu paling laju di dunia

Robocar kini disahkan sebagai kereta tanpa pemandu paling laju di dunia oleh rekod Guiness.

ROBOCAR merupakan kereta terbaharu yang berjaya tersenarai dalam rekod dunia Guinness.

Kereta tanpa pemandu itu secara rasmi disahkan sebagai kereta paling pantas menerusi satu ujian oleh Guiness.

Roborace Robocar yang dipandu oleh kecerdasan buatan (AI) mencapai kelajuan 282.42 kilometer sejam (km/j).

Ujian itu dilakukan secara berterusan di Elvington Airfield, England.

Tiada rekod asal untuk dikalahkan kerana ia merupakan kereta pertama seumpamanya.

Robocar turut menjadi bualan selepas ia berjaya melengkapkan perjalanan tanpa pemandu sewaktu Festival Kelajuan Goodwood pada tahun lalu.

Kata ketua pegawai stratergi Roborace, Bryn Balcombe, teknologi kenderaan itu bakal menjadi sesuatu yang mengagumkan orang ramai. - Daily Star.

Artikel Lain