suria

Nyaris maut, budak 8 tahun tumbuk singa selepas diserang berhampiran kediaman keluarga

Mangsa baru berusia enam tahun.

SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun berjaya menyelamatkan diri selepas dia diserang seekor singa.

Pike Carlson, dari Bailey, Colorado, digigit di bahagian kepala oleh haiwan berkenaan.

Kejadian berlaku pada bulan lalu berhampiran kediaman keluarganya.

Biarpun digigit singa tersebut, dia bagaimanapun cuba melawan dan bertindak menumbuk matanya.

"Saya hanya tumbuk, dan cuba ambil benda-benda yang ada, macam kayu.

"Saya dapat kayu, cuba nak cucuk mata singa tu tapi ia patah," ujarnya.

Pada waktu itu, dia turut diseret oleh singa berkenaan.

Abangnya yang menyedari kejadian itu pantas memanggil bapa mereka.

Haiwan itu dan seekor lagi singa jantan dilaporkan sudah ditangkap oleh pihak berkuasa. - Daily Star.

singa, Pike Carlson, serangan haiwan

Artikel Lain