suria

Maut ditanduk lembu jantan ketika festival Sepanyol

Seorang lelaki ditanduk lembu jantan dalam satu acara festival. Foto Mirror UK

SEORANG lelaki maut ditanduk seekor lembu jantan dalam satu acara festival Sepanyol.

Rakaman video menunjukkan mangsa membuat persediaan untuk melepaskan seekor lembu jantan di festival tahunan di Pinoso di wilayah Alicante, Sepanyol pada Khamis lalu.

Lembu jantan itu dilihat meluru ke arah mangsa dengan pantas, menolaknya ke tanah dan merodok di bahagian paha kirinya.

Mangsa cuba menjauhkan diri dan mendekati tangga, tetapi terus dirodok oleh haiwan itu.

Penonton cuba memberi bantuan tetapi gagal kerana lembu tersebut terus mengganas.

Mangsa dibawa ke hospital dan meninggal dunia semasa pembedahan akibat pendarahan. - Mirror UK

lembu jantan

Artikel Lain