suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dashcam rakam adegan kereta terbang, lesen memandu remaja digantung setahun

Detik ngeri itu dirakam dashcam sebuah kereta.

SEORANG pemandu dilarang memandu selama setahun selepas kamera dashcam merakam detik kereta dipandunya 'terbang' selepas melanggar tembok bulatan jalan raya.

Van dipandu Ryan Lamb, 18, dirakam melayang di udara sejuru melanggar tembok bulatan di Jalan A11 di Attleborough, England pada 1 September lalu.

Remaja itu didapati bersalah memandu dalam keadaan cuai di Mahkamah Majistret Norwich pada Jumaat.

Semasa kejadian Lamb dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke pesta muzik Sundown di Norfolk Showground.

Rakaman mengerikan itu menunjukkan van jenis Citroen Berlingo dipandunya melayang ke udara sebaik merempuh tembok bulatan tersebut.

Lamb bagaimanapun gagal memberhentikan keretanya sebelum kereta itu melayang ke udara.

Dia yang tidak dibenarkan memandu atau mendapatkan lesen selama 12 bulan turut diperintah untuk melakukan ujian semula dan menjalani khidmat komuniti selama 80 jam. - Metro.co.uk

kemalangan, tembok bulatan, terbang

Artikel Lain