suria

Kes pertama di dunia...526 gigi dikeluarkan pada gusi budak 7 tahun

Lebih 500 batang gigi dikeluarkan daripada gusi budak lelaki tujuh tahun selepas ia semakin membengkak.

KES pertama seumpamanya di dunia apabila lebih 500 gigi dikesan dan kemudiannya dikeluarkan daripada gusi seorang budak lelaki.

Kejadian melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun ini berlaku di hospital Chennai, India.

Muka kanak-kanak itu di sebelah kanan yang membengkak menyebabkan ibu bapanya membawa anak mereka ke hospital pergigian itu.

Pemeriksaan mendapati terdapat 526 batang gigi di kawasan sama iaitu gusi bahagian bawah sebelah kanan.

Pembedahan yang dijalankan lima pakar bedah dan tujuh ahli patologi untuk mengeluarkan gigi berkenaan mengambil masa selama kira-kira lima jam.

Pada mulanya pembedahan ditetapkan untuk mengeluarkan ketumbuhan sebesar empat kali tiga sentimeter pada gusi berkenaan.

Bagaimanapun, selepas ia dikeluarkan, pakar bedar mengesan adanya gigi di kawasan sama, demikian lapor agensi berita ANI.

"Sejak berusia tiga tahun keadaan gusinya yang membengkak dikesan, bagaimanapun ia agak sukar kerana usianya ketika itu.

"Selepas empat tahun baru dapat memujuknya untuk menjalani pembedahan apabila bahagian sama membengkak," kata Ketua Jabatan Pergigikan dan Patologi Maksilofasial di Kolej Pergigian Saveetha, Dr Pratibha Ramani.

Menurut doktor berkenaan, ia adalah kes pertama seumpamanya di dunia di mana sejumlah besar gigi ditemui dan dikeluarkan di kawasan sama.

Sebelum ini, lebih 200 gigi dikeluarkan daripada mulut seorang remaja di Mumbai pada 2014.

Hospital berkenaan juga menyebut, pembedahan yang mencapai kos sebanyak Rs 75,000 (RM4,480) ke Rs 1 lakh (RM6,000) telah dijalankan secara percuma apabila ia dibiayai kerajaan Tamil Nadu.

Budak lelaki itu dirawat selama tiga hari di wad hospital berkenaan sebelum dibenarkan keluar.-indianexpress.com


Chennai, gigi, Dr Pratibha

Artikel Lain