suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian tanpa telefon, komputer tawar ganjaran lebih RM4,000

Syarikat perkhidmatan internet tawar percutian tanpa telefon dengan ganjaran wang tunai lebih RM4,000.

GANJARAN wang tunai AS$1,000 (RM4,157) ditawarkan kepada sesiapa yang berhasrat bercuti dengan syarat tidak membawa telefon pintar dan komputer antara dua atau tiga hari.

Laporan portal berita UPI menyebut, ia adalah tawaran pekerjaan hujung minggu yang dibuat sebuah syarikat perkhidmatan internet berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Firma berkenaan, SatelliteInternet.com memaklumkan, Cabaran Tanpa Digital itu menawarkan percutian hujung minggu di Taman Negara Pokok Joshua, California Selatan.

“Anda hanya boleh menggunakan peralatan teknologi pada hari terakhir untuk mencatatkan dan berkongsi pengalaman,” kata syarikat berkenaan.

Mereka yang terpilih akan diumumkan pada 26 Ogos ini berdasarkan permohonan yang diterima di laman web firma tersebut.

Peserta bernasib baik yang terpilih itu akan menginap di kediaman dilengkapi penyaman udara, tab mandi dan kolam renang.

“Daripada melihat telefon pintar seharian, eloklah anda meneroka trek kembara, mandi di kolam, membaca buku, melakukan meditasi, bersantai dalam buaian atau memerhati bintang-bintang,” demikian menurut laman web tersebut.-upi.com

Joshua, California, internet

Artikel Lain