suria

Tali bungy putus, lelaki retak tulang belakang jatuh dari ketinggian 100 meter

Rakaman menunjukkan mangsa terjatuh ke atas tanah.

SEBUAH video menunjukkan tragedi seorang penerjun bungy terjatuh ke tanah selepas tali pengikat terputus ketika dia berada di tengah udara.

Lelaki berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian tulang belakang dalam insiden di sebuah taman tema di Poland.

Video menunjukkan ramai menyaksikan mangsa dinaikkan pada ketinggian 100 meter ke udara menggunakan sebuah kren.

Aksi terjunan bermula tetapi tubuh mangsa jatuh ke tanah selepas tali pengikat permainan itu terputus.

Penonton menjerit selepas terdengar bunyi dentuman kuat ketika mangsa jatuh di atas tanah.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan kira-kira pukul 6 petang Ahad lalu.

Jurucakap taman tema itu berkata mangsa mengalami keretakan tulang belakang dan beberapa organ dalamannya juga dilaporkan gagal berfungsi.

Polis turut mengesahkan bahawa lelaki itu berada di bawah pengaruh alkohol semasa terjunan dilakukan. - Metro.co.uk

terjun bungy, jatuh, tali pengikat

Artikel Lain