suria

Remaja sakit ketika hendak makan, rupa-rupa pisau nipis tertusuk di tulang pipi

Rakaman x-ray mendapati terdapat sekeping pisau nipis tertusuk di tulang pipi seorang remaja lelaki. Foto: The Journal of Emergency Medicine

SEORANG remaja lelaki terkejut apabila dalam mukanya terselit sekeping pisau nipis berukuran 3.5 sentimeter.

Remaja berusia 14 tahun itu buntu bagaiman kaca tajam boleh berada dalam kulit mukanya sehinggalah dia pergi ke hospital kerana sakit ketika hendak makan.

Dia mendedahkan sudah berjumpa dengan seorang doktor awal bulan ini selepas terjatuh dari sebuah tingkap.

Rawatan X-ray mendapati sekeping objek tajam dikenal pasti sebagai pisau nipis tertusuk di bahagian dalam mukanya yang terselindung di bawah tulang pipi.

Doktor di Hospital Universiti Rocio, Sevilla yang merawatnya memberitahu, objek yang ditemui itu berada di tempat yang sangat jarang berlaku. -Dailymail.co.uk

Pisau nipis, tulang pipi

Artikel Lain