suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Upacara tahunan di kubur bertukar tragedi, warga emas antara yang cedera akibat rempuhan kereta

Foto sekitar lokasi kejadian.

SEBUAH kereta merempuh kawasan perkuburan yang sedang dipenuhi orang ramai di Utara Ireland.

Ia menyebabkan beberapa individu mengalami kecederaan termasuklah seorang lelaki tua.

Polis dan ambulans turut dikejarkan ke lokasi kejadian sewaktu ia berlaku pada Ahad tengah hari.

Pada waktu itu, sekitar 1,000 orang berada di sana untuk satu acara tahunan.

Menurut saksi, kereta berwarna gelap itu dilihat menghala ke arah kubur sebelum ia memecut ke arah pentas.

Malah kata saksi, rempuhan itu dilihat seperti satu tindakan yang disengajakan.

Selepas melanggar beberapa individu, ia melanggar beberapa kereta sebelum berhenti.

Pemandu berusia 20-an berjaya ditahan pihak berkuasa. - Daily Star.

rempuhan kereta, kubur, cedera

Artikel Lain