suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki dakwa dibuang kerja akibat mohon cuti untuk jaga 3 anak kembar sakit

Ross bersama tiga anak kembarnya. FOTO: Newcastle Chronicle.

SEORANG lelaki mendakwa dia dibuang kerja kerana memohon cuti untuk menjaga tiga anak kembarnya yang sakit.

Menurut Ross Mclean, dia membuat permohonan itu selepas tidak tidur sepanjang malam untuk menjaga anak-anak perempuannya.

Tiga kembar itu mempunyai sistem imunisasi yang lemah akibat dilahirkan pramatang pada usia kandungan 33 minggu.

Menurut Ross, dia yang bekerja di Bradley Surface Mine sejak September tahun lalu sudah mengambil sembilan hari cuti sakit.

Pada 11 Julai lalu, dia sekali lagi berhadapan situasi getir yang memaksanya membuat permohonan cuti.

Ross yang berasal dari Consett, Country Durham berkata, dia enggan membuat rayuan untuk bekerja semula dengan syarikat itu,

"Saya cukup marah. Tak tahu pula mereka boleh pecat mengejut macam tu," ujar bapa berusia 36 tahun itu. -Mirror.

Artikel Lain