suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup buat panggilan ancaman bom palsu demi cinta

Polis dan anjing pengesan melakukan pemeriksaan ke atas pesawat tersebut.

SEORANG lelaki membuat panggilan ancaman bom palsu dengan harapan dapat keluar janji temu dengan seorang pramugari penerbangan Lufthansa.

Namun pesawat LH1411 terpaksa dikosongkan sebelum dijadualkan berlepas dari Belgrade menuju ke Frankfurt pada Khamis.

Kesemua 130 penumpang dan lima anak kapal diarahkan untuk meninggalkan pesawat itu sementara skuad polis khas dan anjing pengesan melakukan pemeriksaan ke atas pesawat tersebut.

Lelaki yang membuat panggilan palsu itu pernah bertemu dengan dua pramugari penerbangan terbabit dan mengajak mereka untuk keluar makan malam tetapi malangnya ditolak.

Seorang lelaki ditahan kerana membuat panggilan palsu sehingga menyebabkan kelewatan pada penerbangan tersebut.

Dia membuat pengakuan memalsukan panggilan itu di mahkamah pada Sabtu kerana jatuh cinta dengan salah seorang pramugari penerbangan tersebut.

Namun selepas gagal mengesan wanita itu di hotel, lelaki terbabit membuat cubaan terdesak untuk menghalang dia daripada meninggalkan negara itu.

Polis berjaya mengesan panggilan itu dibuat dan lelaki tersebut ditahan sehari kemudian.

Panggilan ancaman bom palsu itu menyebabkan pesawat itu mengalami kelewatan selama lapan jam. - Metro.co.uk

Artikel Lain