suria

Akhirnya Chandrayaan-2 membawa impian India ke bulan

Selepas percubaan pertama gagal, akhirnya India melancarkan misi ke bulan pada Isnin petang.

INDIA melancarkan roket ke angkasa lepas pada Isnin petang, cubaan kedua negara itu bagi merealisasi misi ke bulan.

Minggu lalu, pelancarannya dihentikan apabila dikesan berlakunya kebocoran minyak.

Kejayaan projek mencecah 10 bilion rupee (RM596 juta) itu membolehkan India menjalankan kajian mengenai kewujudan air di bahagian selatan bulan.

Pelancaran roket dinamakan Chandrayaan-2 atau Moon Chariot 2 berlangsung di Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota di selatan Andhra Pradesh pada pukul 2.43 petang dan ia disiarkan secara langsung.

Negara itu mahu menjadi negara keempat selepas Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan China untuk mendaratkan kenderaan angkasa di bulan.

Sebelum ini, Indian Space Research Organisation (ISRO) dalam kenyataan memaklumkan, pelancaran baharu Chandrayaan-2 dijadual dilancarkan pada pukul 2.43 petang, Isnin.

“Chandrayaan 2 sudah bersedia untuk membawa jutaan impian ke bulan, kini lebih kuar daripada sebelumnya,” katanya.-SCMP

ISRO, India, bulan

Artikel Lain