suria

Lelaki rogol, bunuh gadis 15 tahun hanya dikenakan hukuman penjara 10 tahun

D'Souza (kanan) dijatuhi hukuman penjara kerana merogol dan bunuh gadis berusia 15 tahun pada 2008.

SEORANG lelaki hanya dikenakan hukuman penjara 10 tahun kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis berusia 15 tahun.

Samson D'Souza,36, didapati bersalah dengan lima tuduhan di Mahkamah Tinggi Bombay.

Dia dituduh merogol dan membunuh Scarlett Keeling di Pantai Anjuna di Goa pada Februari 2008.

Hampir sebelas tahun kejadian, minggu ini D'Souza dijatuhi hukuman hanya 10 tahun kerana membunuh.

D'Souza sepatutnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup namun peguam bela bertegas mahu hukuman itu dikurangkan kerana dia satu-satunya pencari rezeki untuk keluarga serta merupakan bapa kepada gadis berusia 12 tahun.

Ibu mangsa, Fiona MacKeown telah berjuang mencari keadilan terhadap Scarlett sejak anaknya itu dibunuh.

"Saya sebenarnya masih menunggu. Saya tidak percaya ianya akan berakhir.

"Ia akan mengambil masa untuk mengakui semuanya sudah berakhir.

"Setiap kali saya pergi ke India, anak-anak saya yang lain sangat risau.

"Kami akhirnya akan meraikannya selepas keputusan tersebut," ujar McKeown.

D'Souza mengaku tuduhan merogol dan membunuh terhadapnya namun selepas itu mengubah pengakuan memberitahu bahawa polis memaksanya.

Dia dituduh bersama seorang lagi suspek Placido Carvalho,47.

Kedua-dua mereka dibicarakan sejak 2016 dan turut membuat rayuan di Biro Siasatan Pusat. - Dailymail.co.uk

Bubuh, rogol, India

Artikel Lain