suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tren alami kelewatan extension rambut penumpang wanita ‘tak sempat masuk’ dalam gerabak

Berlaku kelewatan perkhidmatan tren di London gara-gara sambungan rambut seorang wanita. -fotoSkyNews

PENUMPANG sebuah perkhidmatan keretapi yang sibuk menuju ke London mengalami kelewatan pagi Rabu gara-gara sambungan rambut (extension) seseorang.

Perkhidmatan London Northwestern Railway antara Bletchly dan London Euston ditangguhkan selama beberapa minit di stesen Harrow & Wealdstone, setelah rambut seorang penumpang wanita tersepit di pintu tren.

Seorang kru kereta api terpaksa membuat pengumuman mengenai kelewatan itu untuk menjelaskan mengapa tren masih belum bergerak.

Penumpang kemudiannya diminta membuka pintu gerabak dan memastikan keseluruhan bahagian rambut wanita berkenaan 'masuk dalam gerabak'.

Kereta api bergerak tidak lama kemudian, beberapa minit selepas waktu berlepas yang dijadualkan.

Jurucakap London Northwestern Railway berkata: "Perkhidmatan kami pada jam 6.34 pagi dari Bletchley ke London Euston ditangguhkan selama kira-kira dua minit di stesen Harrow & Wealdstone selepas kru mengesan extension rambut seorang penumpang wanita tersepit di pintu gerabak.

"Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami pada setiap masa dan kru menangguhkan pelepasan sementara pintu segera 'dibersihkan'dan memberikan beberapa peringatan mesra kepada penumpang." -SkyNews

tren, lewat, rambut, tersepit

Artikel Lain