Kecewa tak dapat pelanggan, pelacur belasah anak usia 1 tahun sampai mati

Kahoy Garcia-Velazquez (kiri) didakwa membunuh anaknya yang berusia satu tahun. -foto Polis Chicago

SEORANG ibu muda didakwa memukul anak perempuannya yang berusia satu tahun hingga mati selepas tidak berjaya melacurkan dirinya, kata pendakwa raya.

Kahoy Garcia-Velazquez, 21, didakwa melakukan pembunuhan darjah pertama pada Rabu kerana membunuh anak perempuannya, Mila Anderson-Garcia di rumah mereka di Chicago minggu lepas.

Berdasarkan bedah siasat, Mila meninggal akibat kecederaan berkaitan penderaan kanak-kanak, termasuk kerosakan hati, trauma usus, lebam kepala, muka yang ditoreh dan kesan gigitan di punggungnya.

Garcia-Velazquez dilaporkan berlari ke apartmen ibunya sambil memegang anak perempuannya dan menjerit bahawa anak itu tidak akan bangun lagi pada 13 Julai, lapor Chicago Sun-Times.

Paramedik cuba menyelamatkan Mila, namun percubaan mereka terhalang kerana kanak-kanak itu sudah kaku dengan rigor mortis, kata pendakwa.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Garcia-Velazquez ditahan pada Isnin di sebuah lokasi untuk pengebumian anaknya.

Dia memberitahu pihak berkuasa bahawa tanda gigitan pada anak perempuannya berpunca daripada seorang budak lelaki dan mendakwa lain-lain kecederaan adalah akibat jatuh basikal.

Garcia-Velazquez kemudian mengaku bahawa dia meninggalkan teman lelakinya dalam cubaan untuk melacur, kemudian mencari pil sepanjang malam, tetapi kembali pada pukul 6 pagi pada keesokan harinya dengan rasa kecewa kerana tidak memperoleh wang, kata pendakwa.

Teman lelakinya berkata dia keluar untuk pergi kerja sejam kemudian dan melihat Mila dalam keadaan sihat.

Pagi itu, Garcia-Velazquez berlari ke apartmen ibunya dengan anak perempuannya yang tidak bertindak balas.

Garcia-Velazquez ditahan tanpa ikat jamin dan dijangka hadir di mahkamah pada 9 Ogos. -MetroUK

pelacur, pelanggan, anak, pukul

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain