suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda lumpuh selepas retak leher ketika bermain gelongsor air

David mengalami keretakan leher selepas bermain gelongsor air di sebuah taman tema.

SEORANG lelaki berjuang untuk terus hidup selepas mengalami keretakan di leher dalam satu insiden ngeri semasa bermain gelongsor air.

David Briffaut, 23, sedang bercuti bersama kekasihnya Penny Bristow ketika mereka berkunjung ke taman tema Aqualandia di Sepanyol.

Pasangan itu dirakam berlumba dengan rakan mereka di dalam gelongsor air yang dipanggil Splash.

Namun ketika David hampir tiba di penghujung gelongsor, kepalanya tiba-tiba meluncur ke depan.

David pengsan seketika dan sebaik sedarkan diri dia memberitahu tidak dapat merasai kakinya.

David bersama kekasihnya, Penny.

Pasukan paramedik membawa David ke hospital dan dia dimasukkan ke unit rawatan rapi.

David terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan keluarganya dimaklumkan dia mungkin lumpuh dari dada ke bawah selepas dua tulang belakang pada lehernya patah.

Keluarganya turut berkongsi rakaman ngeri itu dengan harapan agar siasatan dilakukan terhadap taman tema tersebut.

Ketika keluarga David berkunjung ke lokasi kejadian selepas insiden itu, mereka terkejut apabila melihat ia masih lagi dibuka kepada orang ramai. - Metro.co.uk

gelongsor air, leher retak

Artikel Lain