suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa buli baring atas landasan sebelum mati digilis sambil disaksikan 50 rakan sekolah

Sam ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO: MIRROR.

SEORANG kanak-kanak yang juga mangsa buli menamatkan riwayatnya apabila dia tidur di atas landasan kereta api pada Isnin lalu.

Sam Connor, 14, dikatakan menyerahkan beg dan telefon bimbit sebelum dia masuk ke kawasan landasan.

Menerusi kejadian di stesen Chertsey, Runnymede, England itu, dia meninggal dunia akibat dilanggar kereta api.

Malah, ia turut disaksikan 50 rakan-rakannya dari sekolahnya.

Sebilangan daripada mereka turut memanggil nama mangsa selepas dia dilanggar.

Satu nota bunuh diri turut ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Dalam pada itu, jurucakap sekolah mangsa bagaimanapun mendakwa, tiada rekod yang menunjukkan Sam pernah dibuli sebelum ini.

Pihak sekolah turut menzahirkan rasa sedih dan kecewa mereka atas kejadian itu. - Daily Star.

Sam Connor, mangsa buli, bunuh diri

Artikel Lain