suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang tak terima motosikal sebagai dowri, isteri dicerai talak 3 hanya 24 jam selepas bernikah

NIKAH 24 jam dan kemudiannya diceraikan. Itulah nasib yang menimpa pengantin perempuan, Ruksana Bano.

Suaminya, Shahe Alam yang tidak puas hati dengan keluarga mentuannya telah menjatuhkan talak tiga kepada isterinya.

Tindakannya itu berpunca daripada pemberian dowri kepadanya sebagai pengantin lelaki.

Shahe yang menetap di Jahangirabad di Lucknow, India telah mengahwini Ruksana pada 13 Julai dan menceraikannya sehari kemudian kerana keluarga mentuanya tidak memberikan motosikal sebagai dowri.

Susulan itu, bapa mentuanya telah membuat laporan mengikut Akta Dowri supaya tindakan dikenakan terhadap Shahe dan 12 ahli keluarganya.

Superitendan Akash Tomar berkata, pihaknya telah menerima laporan itu dan tindakan susulan akan diambil dalam masa terdekat sebaik proses siasatan lengkap.-indiatoday


dowri, Ruksana, Lucknow

Artikel Lain