Penduduk terkejut, ribuan ikan terdampar di pantai sebelum Bali dibadai gempa bumi

Kesan runtuhan akibat gempa bumi di Bali (kiri) dan foto kanan menunjukkan ribuan ikan terdampar di pantai Batu Bolong beberapa jam sebelum bencana itu melanda pulau peranginan ini.

KECOH sebuah video tular yang menunjukkan ribuan ikan terdampar di Pantai Canggu dan Pantai Batu Bolong di Badung, Bali.

Dalam video tersebut dapat dilihat orang ramai berkerumun di tepi sebuah pantai sambil mengumpul ikan-ikan yang terdampar.

Beberapa warganet berkongsi dan memuat naik video tersebut tersebut dan mengaitkannya dengan kejadian gempa berukuran magnitud 6 di Bali, pagi Selasa.

"Tersebar video ikan naik ke daratan di Pantai Canggu, Bali. Peristiwa ini dikaitkan dengan gempa di Bali pagi tadi," tulis pemilik akaun @WartaBromo, Selasa.

Dalam satu posting, @tohir menyebut: "Berlaku kejadian fenomena alam sebelum gempa terjadi, tepatnya malam tadi, ada ribuan ikan di Pantai Batu No Long Bali, malam 15 Julai."

Sehingga pagi ini, video yang dimuat naik di akaun tersebut telah dilihat lebih dari 2,000 kali.

Kompas.com kemudian mendapatkan pengesahan video ini daripada pihak bertanggungjawab.

"Betul, betul (kebenaran video). Jarang-jarang terjadi seperti itu," ujar Pasukan Pusat Pengendalian Operasional Penanggulangan Bencana Daerah Bali Nyoman Parwata ketika dihubungi Kompas.com, Selasa.

Jelasnya, fenomena seperti ini pernah terjadi ketika gempa bumi menggegarkan Bali.

"Memang pengalaman selepas gempa ada air pasang surut, ikan itu seperti itu. Tapi semalam kan tidak terjadi gempa. Hanya pagi tadi (gempa)," jelasnya.

Bagaimanapun, fenomena ini dianggap wajar oleh masyarakat setempat.

Nyoman berharap masyarakat akan terus bertenang dan tidak mengaitkannya dengan bencana sebelum ada kajian terperinci.

ikan, gempa bumi, Bali

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain