suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pedang cahaya dari filem Star Wars bakal diperkenal sebagai senjata tentera British

Dikhabarkan £130 (RM671 juta) akan dibelanjakan untuk projek itu. FOTO: Twitter.

BAGI penggemar filem Star Wars, mereka pasti tahu mengenai pedang cahaya yang digelar sebagai Light Saber.

Siapa sangka, pasukan tentera British akan dibekalkan dengan senjata itu pada masa akan datang.

Kedengaran seperti jenaka namun Kementerian Pertahanan dikhabarkan akan membelanjakan £130 (RM671 juta) untuk projek itu.

Bakal digelar sebagai Directed Energy Weapons, ia akan menggunakan tenaga cahaya tinggi untuk memusnahkan dron dan peluru berpandu.

Ia juga akan berfungsi untuk membuat pintasan sistem eletronik seperti komputer.

Ia dikhabarkan akan menjalani ujian percubaan menjelang 2023 sebelum diperkenal dalam ketiga-tiga barisan pertahanan negara itu.

Menurut Setiausaha Pertahanan, Penny Mordaunt, teknologi laser dan radio mempunyai potensi tinggi untuk kegunaan di medan perang.

"Ia pelaburan yang signifikan untuk barisan ketenteraan," ujarnya. - Daily Star.

Artikel Lain