suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berkumur sebelum ludah semula dalam botol Listerine, pelanggan biadab dikecam orang ramai

Paparan skrin rakaman berkenaan yang tular di Twitter.

SEORANG wanita bertindak biadab apabila berkumur sebelum meludah dalam botol cecair pembersih mulut berjenama Listerine di sebuah pusat beli-belah.

Kejadian dipercayai berlaku di salah sebuah outlet Walmart yang tidak diketahui lokasinya.

Rakaman video itu turut dimuat naik ke Twitter.

Ia sehingga kini menerima lebih 16 juta tontonan sejak dimuat naik pada Rabu.

Tidak dapat dipastikan jika dia membayar produk berkenaan selepas merakam video itu.

Malah, ramai pelayar internet menggesa agar wanita itu dikenakan tindakan tegas.

Pada minggu lalu, kecoh kes seorang individu yang menjilat ais krim dalam sebuah kedai sebelum meninggalkannya semula di dalam peti ais. - Daily Star.

Walmart, Listerine, berkumur, jilat kek

Artikel Lain