suria

Remaja buta hamil dirogol bapa sendiri selepas ibu meninggal akibat kanser payudara

Remaja itu melahirkan seorang bayi selepas dirogol bapanya.

BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah yang dapat menggambarkan nasib seorang remaja perempuan berusia 14 tahun apabila dia hamil dirogol bapanya sendiri.

Bapanya bagaimanapun sudah ditahan polis selepas ujian mengesahkan dia merupakan bapa kepada bayi yang dilahirkan remaja itu.

Kejadian berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Phu Tho, Vietnam.

Pada tahun lalu, ibu gadis remaja itu meninggal dunia akibat kanser payudara.

Bapanya dikatakan banyak menghabiskan duit untuk berjudi.

Ujar neneknya, remaja buta itu turut mengalami masalah pembelajaran.

Malah katanya, keluarga mereka sangat miskin sehingga terpaksa berkongsi katil.

Lebih pilu, dia juga tidak tahu bagaimana untuk memberi makan bayi itu memandangkan dia kekurangan wang. - Daily Star.

Artikel Lain